Joox Concert Review

 

Pada 1 April 2018 yang lepas, Bunkface telah mengadakan gig Bunkshow di ATAS by BIJANFX, Kelana Jaya. Venue gig ini terletak di tingkat 5 dalam sebuah blok pejabat. Memang sesuai dengan nama venue ini. Keluasan venue ini tidaklah besar mana. Cukup selesa untuk gig-gig biasa hari minggu. Ini merupakan gig yang sangat ditunggu-tunggu oleh Editor. Sanggup juga Editor keluarkan RM120 untuk tiket VIP, dapat meet and greet, kereta Hot Wheels Bunkshow dan air. Ye air pun penting, kalau sudah terkandas dalam venue yang panas dan padat nanti, mana nak cari air? Tapi apa yang lebih mengujakan Editor bukanlah kerana meet and greet atau kereta hot wheels. Apa yang kita nak perhatikan di sini adalah, sejauh manakah scene kita sudah berkembang. Jarang-jarang band mainstream kembali ke pentas kecil gig underground dan hanya satu band sahaja yang akan beraksi. Tiada band pembukaan langsung. Tiket telah habis di jual 2 minggu sebelum Bunkshow berlangsung. Jarang-jarang gig biasa sold out. Adakah Bunkshow telah berjaya sebelum gig berlangsung lagi?

image

Dalam pukul 4.30pm, Editor sudah sampai di venue. Kalau ikut jadual, pukul 4.30pm adalah masa untuk ambil pass media dan 5pm masa untuk interview. Setibanya di venue, kelihatan crew Bunkface sedang melakukan soundcheck lagi. Terjumpa pula Bijan, pemilik venue. Dia boleh pakai jersi Manchester United pulak. Aduuuhh… Setelah bertegur sapa, Editor pun call Zaly, pengurus Bunkface. Dengan tenang Zaly berkata, “relax je bro, kita chill macam gig je. Dah habis soundcheck nanti aku roger.” Editor pun turun ke bawah, jalan-jalan melawat kawasan. Kelihatan beberapa pengikut Bunkface atau Bunkers memenuhi mamak berdekatan.

image

Kelihatan juga lori serbaguna Abstrax telah bersiap sedia. Di lori inilah crowd akan mengambil tiket dan membeli baju Bunkface.

Panik

image

Jadual dah lari sikit. Dah dekat pukul 7.00pm, pemegang tiket VIP baru dapat naik untuk mendapatkan Bunkshow Hot Wheels dan memulakan sesi meet and greet. Lari dari jadual merupakan perkara biasa untuk gig tempatan. Kita masih jauh lagi kalau nak lawan scene Jepun. Di dalam venue, pemegang tiket VIP sahaja sudah 50 orang. Dah macam crowd gig-gig biasa di Kuala Lumpur. Editor ketika ini berada di rooftop, boleh nampak dalam 200 orang lagi Bunkers menunggu di bawah. Hebat. Hebat.

image

Di atas pentas kelihatan Sam, Youk dan Pa’an sudah bersedia untuk berjumpa peminat. Kelihatan juga dua orang bouncer yang telah bersiap bersedia untuk memastikan acara gig berjalan dengan aman. Peminat yang sememangnya tergila-gilakan Bunkface telah mengambil peluang ini untuk selfie bersama dan meminta Bunkface untuk menanda tangan Hot Wheels, CD album dan macam-macam lagi. Bunkface layan sahaja peminat mereka. Sekali lagi jadual lari sedikit. Apa ada hal. Bukan selalu dapat jumpa Bunkface.

image

Selesai sesi meet and greet, Bunkers VIP telah berpeluang untuk mendengar teaser lagu baru Bunkface. Satu irama yang sangat baru. Editor tak boleh nak ceritakan pasal lagu baru ini. Apa yang Editor boleh huraikan adalah, padan muka korang! Dan korang tergolong dalam golongan manusia yang rugi. Hehehe. Selesai sahaja teaser lagu baru Bunkface, tiba masanya untuk sesi interview. Hanya JOOX sahaja yang ada di sini untuk interview Bunkface. Tapi masa tidak menyebelahi kami. Kami dapat interview sekejap sahaja dan tak sempat untuk membuat promo video. Kita perlu menghormati juga waktu maghrib dan sudah pasti semua yang beragama islam dah panik untuk mencari tempat solat.

image

Welcome to the Bunkshow

“Bunkshow!” “Bunkshow!” “Bunkshow!” kedengaran suara Bunkers yang dah tak sabar lagi. Akhirnya pintu venue dibuka. Tekaan Editor amat tepat. Editor dah tersepit di celah dinding, speaker dan lautan manusia. Tua, muda, miskin, kaya dari semua bangsa di Malaysia di dalam satu venue. Bunkface dah menyatukan umat manusia hanya dengan gig sahaja. Tak perlu kempen jutaan ringgit. Sebelum Bunkface naik ke pentas, MC telah memberi peringatan untuk berseronok dengan bijak, jaga keselamatan, respek kaum hawa yang hendak bergembira bersama. Takut juga kalau ada yang mosh tak ingat dunia, kaki tersangkut kat tudung awek sebelah, tak ke naya?

image

Tiba masanya untuk Bunkface beraksi. Bouncer telah bersedia di depan pentas dari mula hingga habis untuk mengelakkan dari perkara yang tak diingini berlaku. Bunkface naik sahaja ke pentas, angkat guitar, Ainol terus hentam drum dengan laju dan terus henjut lagu High School Rocker. 250 atau lebih orang terus melompat dan menyanyi bersama Bunkface. Lantai sudah pun bergegar. Editor yang dari tadi tersepit di sudut tepi pentas, dihimpit lautan manusia terus berdoa di dalam hati supaya venue tidak runtuh. Habis sahaja lagu High School Rocker, lagu wajib Bunkface pula dinyanyikan, iaitu lagu Bunk Anthem. Maka menggilalah crowd yang ada.

image

Bunkers yang belum berhenti melompat, terus disajikan dengan Ekstravaganza pula. Bunkface tidak beri ruang untuk Bunkers berehat langsung. Dari awal tadi, MC dah berkata Bunkface akan belanja 15 lagu terus. 15 lagu dalam sejam. Rabak! Selepas Ekstravaganza, Bunkface gunakan adrenaline yang ada untuk satu lagi lagu lama yang menaikkan nama Bunkface di arus perdana, Silly Lilly!

Hentak kakimu ikut rentak laguku

image

Lagu lama diselang-selikan pula dengan lagu baru. Kini tiba masanya untuk lagu Rentak Laguku. Sebenarnya lagu ini dinyanyikan bersama Amy Search. Alangkah indah jika Amy Search ada bersama di gig ini. Ketika ini, penghawa dingin pun dah tak larat nak bekerja. Keadaan gig dah jadi macam microwave. Masak! “Tak payah pergi gym!” kata Youk. Semua orang dah basah dengan peluh. Sam juga dah buka jaket. Oxygen pun dah makin berkurangan. Mujurlah venue ini adalah kawasan larangan merokok.

image

Bunkface kemudian perlahankan tempo dengan lagu Orang Kita. Bunkers boleh la rehat sekejap buat masa ini. Apa yang menarik tentang lagu ini adalah irama-irama post-rock yang di-improvise oleh Bunkface sendiri. Akhirnya Bunkers ada masa untuk rehat melalui lagu perlahan, Kembali. Lirik lagu ini amat bermakna. Sesiapa sahaja boleh tersentuh dengan lagu ini.

Ini cerita darah muda

image

Seterusnya, Bunkers dikejutkan semula dengan lagu Darah Muda! “Bunkers, are you ready?!” Bunkers terus menyahut seruan itu dengan kembali beraksi bertenaga bersama Bunkface. Sebuah lagu yang menjadi anthem untuk kita semua yang berjiwa muda dan live on the edge. Semoga kita berdarah muda selamanya.

image

Kemudian Bunkers dihidangkan pula dengan set akustik Bunkface. Lagu pertama set akustik adalah antara lagu kegemaran Editor iaitu lagu You and Me. Lagu yang romantik dengan rentak akustik yang happy. Kelihatan semua Bunkers yang berpasangan amat bahagia sekali menyanyi bersama. “You and me tonight…”

image

Set akustik diteruskan dengan lagu Fine. Lagu ini mempunyai influence Green Day yang amat kuat. Pasti akan mengingatkan semua orang kepada Green Day, sebuah band yang memberi impak sangat besar dalam dunia punk rock. Set akustik diakhiri dengan lagu Good Riddance (Time of your life) sebuah lagu cover dari Green Day. Seorang yang punk kental pun akan menyanyikan lagu ini. Percayalah. Ketika set akustik dimainkan, sekali sekala kelihatan Ainol berjalan-jalan kebelakang dan kehadapan, entah apa yang dicarinya. Bunkers yang telah terpukau dengan Set akustik Bunkface, membiarkan Ainol berjalan ke sana, ke sini.

image

Selesai set akustik, Bunkface kembali bertenaga dengan lagu Panik. “Penuduhan membabi buta, sebaris sentiasa ada makna, konspirasinya!” “Reformasi! Panas hati!” “Ancaman mereka, tiada makna!” “Biarkan ku pergi juang, berterbangan terus dan mati, satu dunia sudah bersedia!” bergema satu venue, satu lagu yang pastinya membakar jiwa semua pendengarnya. Moshpit yang tenang buat seketika kini sudah menjadi medan tempur. Suasana gig dah jadi lebih panas, bau peluh pun dah naik. Kalau ada bau lain, Editor tak tau bau apa. Dinding venue juga dah basah dengan wap yang dihasilkan oleh lebih 250 orang manusia. Tiba-tiba Sam terjumpa sesuatu. “Ada sesiapa hilang cincin? Biar aku pakai dulu, nanti ambik balik.” Kata Sam.

Revolusi

image

Selesai lagu Panik, Bunkers sudah kembali bersemangat. Sedikit pun tidak berganjak, seperti sikit pun tak rasa penat. Bunkers ni makan bateri agaknya. Kini tiba masanya lagu yang melonjakkan nama Bunkface ke arus perdana, mestilah lagu Situasi. Lagu pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu, hingga orang yang tak minat Bunkface pun pasti pernah dengar lagu ini. Kemudian tiba masa untuk satu lagu pembakar semangat. “Revolusi! Revolusi! Revolusi!” Sekali lagi venue gig digegarkan dengan suara-suara Bunkers. Ye, revolusilah yang kita perlukan buat masa ini. Lagu ini juga pernah menjadi fenomena dan pernah dimainkan di pentas MTV World Stage 2010.

image

Bunkshow diakhiri dengan lagu Malam Ini Kita Punya. Malam ini memang kita yang punya. Itulah yang dapat dilihat dalam gig ini. Habis sahaja Malam Ini Kita Punya, Bunkface tidak dibenarkan pulang begitu sahaja. Bunkers masih belum puas lagi. “One more!” “one more!” jeritan Bunkers memecah suasana. Bunkface pun belanja satu lagi lagu, Masih Di Sini. Ye, kami masih di sini, sedikit pun tidak berganjak dan terpukau dengan kehebatan Bunkface. Kemudian barulah Editor boleh ambil oxygen di luar. Nak turun dengan lif pun ada trafik jam yang panjang. Editor pun ikut Bunkers yang lain untuk turun tangga dari tingkat 5.

Malam ini Bunkers punya

image

Malam ini adalah sejarah. Bunkface yang lahir dari gig-gig kecil underground dan telah pergi ke arus perdana, kini kembali ke gig kecil. Dan Bunkface sendiri mengatakan, mereka mahukan gig seperti ini, mungkin Bunkshow akan diadakan di beberapa negeri lain. Tiada lagi jurang atau penghadang antara mereka dengan Bunkers. Bunkface pun dengan power, boleh belanja 16 lagu dalam masa, kurang dari 2 jam, dalam venue gig yang kecil, padat dan panas.

Malam ini kita boleh lihat kualiti sebuah band yang lahir dari scene underground jika diberikan peluang untuk menonjolkan diri. Jika sebuah gig yang biasa di Kuala Lumpur boleh menghimpunkan 50 orang, 10 band tempatan yang beraksi, malam ini Bunkface telah mengumpul 250 orang. Tidak kah ini sama seperti band-band luar negara yang bermain gig di negara ini? Ini membuktikan bahawa Bunkface merupakan band paling berjaya yang pernah dilahirkan oleh underground scene tempatan.

image

Bagi korang yang tak dapat pergi ke Bunkshow tempoh hari, jom kita layan lagu-lagu set list mereka.

Full Article : http://www.joox.com/my/ms/article/2063